
Gasing merupakan sejenis permainan tradisional yang begitu popular padasuatu ketika dahulu. Kepenatan membanting tulang dalam mencari rezekimenyebabkan orang Melayu dahulu mencari alternatif untuk bergembiratanpa mengeluarkan belanja yang besar dan menggunakan bahan terbuang.Selain dijadikan sebagai hiburan dan juga memanfaatkan bahan terbuang,permainan gasing juga dapat mengembangkan idea-idea masyarakatMelayu, dan ini terbukti dengan kemunculan pelbagai bentuk gasing sertateknik permainan. Permainan gasing juga dapat menyerikan lagi rumahtradisional Melayu kerana gelanggang permainan gasing kebiasaannyadibina di halaman rumah dan di bawah pohon yang rendang yangmeredupkan gelanggang. Permainan gasing bagi orang Melayu jugamengukur tahap kemahiran dan kepantasan seseorang dalam menghadapisesuatu situasi.


No comments:
Post a Comment