Wednesday, April 22, 2009
Alat-alat Yang DiGunakan
Kayu yang paling sesuai dari spesis merbau, seperti merbau tanduk, merbaudarah, merbau johol dan merbau keradah, ianya mudah dilarik tetapi tidakmudah serpih. Selain itu kayu leban tanduk, limau, bakau, koran, sepan,penaga, keranji juga menjadi pilihan. Jenis kayu yang mudah didapati sepertimanggis, jambu batu, ciku atau asam jawa sering digunakan untuk membuatgasing.Kayu tersebut dilarik menggunakan alat pelarik, mengikut saiz danbentuk gasing yang telah ditetapkan. Sebelum kerja melarik dimulakan besipaksi dibenamkan ke dalam kayu tersebut agar keseimbangan dari segibulatnya dapat dilakukan ketika melarik.Setelah gasing disiapkan makakerja-kerja terakhir dilakukan, seperti melilitkan timah pada kepak gasingtadi agar menambah berat lagi gasing itu hingga seberat lima kilogram danjuga tak mudah serpih. Untuk menambah indah rupa parasnya maka tandukkerbau dipasangkan dibahagian kepala gasing serta dikilatkan denganvarnis. Ini terdapat pada gasing leper atau untuk gasing uri sahaja.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment