Wednesday, April 22, 2009

Asal Usul Gasing


Mengimbas mengenai permainan gasing itu, ada cerita yang mengaitkanbahawa asal usul permainan terbabit dengan buah berembang. Berembangyang mudah diperoleh di tepi pantai berbentuk bulat, licin dan leper itudikatakan menimbulkan idea orang zaman dulu untuk meniru bentukberembang bagi dijadikan sejenis permainan.Ketika gasing berputar ligat, ia dipanggil ‘gah’ bermaksud tegak dan kuatketika berpusing. Mengikut cerita masyarakat di Kedah, ia berasal daripadapermainan laga telur yang kerap dimainkan di kalangan kanak-kanak. Di situtimbul idea mengikut kayu dalam bentuk telur dan dipasangkan paksi. Bagimemastikan ia berputar ligat, tali digunakan untuk memusingkannya.

NEGERI YANG MEMPOPULARKAN

Negeri yang paling popular dengan permainan in adalah Kelantan. Sebagaicontoh, Gasing Begelen, berbentuk agak leper diperbuat daripada kayu jenisringan. Ia popular dimainkan di Sabah, Johor dan Brunei. Gasing Toyol,dimainkan di Melaka, Selangor dan Negeri Sembilan. Gasing pangkah pulamerupakan permainan rakyat yang telah dimainkan sejak di ZamanKesultanan Melayu Melaka.

KAUM / ETNIK YANG TERLIBAT

Permainan gasing ialah permainan rakyat yang popular dikalangan orangMelayu. Orang dewasa yang memajukan seni permainan ini, bagi kanakkanaklebih gemar dengan gasing Melayu dan Cina, kerana saiz yang kecildan mudah dipermainkan.

Alat-alat Yang DiGunakan

Kayu yang paling sesuai dari spesis merbau, seperti merbau tanduk, merbaudarah, merbau johol dan merbau keradah, ianya mudah dilarik tetapi tidakmudah serpih. Selain itu kayu leban tanduk, limau, bakau, koran, sepan,penaga, keranji juga menjadi pilihan. Jenis kayu yang mudah didapati sepertimanggis, jambu batu, ciku atau asam jawa sering digunakan untuk membuatgasing.Kayu tersebut dilarik menggunakan alat pelarik, mengikut saiz danbentuk gasing yang telah ditetapkan. Sebelum kerja melarik dimulakan besipaksi dibenamkan ke dalam kayu tersebut agar keseimbangan dari segibulatnya dapat dilakukan ketika melarik.Setelah gasing disiapkan makakerja-kerja terakhir dilakukan, seperti melilitkan timah pada kepak gasingtadi agar menambah berat lagi gasing itu hingga seberat lima kilogram danjuga tak mudah serpih. Untuk menambah indah rupa parasnya maka tandukkerbau dipasangkan dibahagian kepala gasing serta dikilatkan denganvarnis. Ini terdapat pada gasing leper atau untuk gasing uri sahaja.

Tujuan DimainKan


Gasing merupakan sejenis permainan tradisional yang begitu popular padasuatu ketika dahulu. Kepenatan membanting tulang dalam mencari rezekimenyebabkan orang Melayu dahulu mencari alternatif untuk bergembiratanpa mengeluarkan belanja yang besar dan menggunakan bahan terbuang.Selain dijadikan sebagai hiburan dan juga memanfaatkan bahan terbuang,permainan gasing juga dapat mengembangkan idea-idea masyarakatMelayu, dan ini terbukti dengan kemunculan pelbagai bentuk gasing sertateknik permainan. Permainan gasing juga dapat menyerikan lagi rumahtradisional Melayu kerana gelanggang permainan gasing kebiasaannyadibina di halaman rumah dan di bawah pohon yang rendang yangmeredupkan gelanggang. Permainan gasing bagi orang Melayu jugamengukur tahap kemahiran dan kepantasan seseorang dalam menghadapisesuatu situasi.